Malaysia legislation

Section 157

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 157

(a)

jika, sebelum tempoh perlindungan penstabilan itu habis tempoh, Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 25, seksyen 161 atau

Bahagian VII berkenaan dengan institusi anggota itu, peruntukan khas hendaklah terus terpakai bagi dan berkenaan dengan institusi anggota itu seolah-olah tempoh perlindungan penstabilan itu belum habis tempoh; dan

(b)

jika, sebelum tempoh perlindungan penstabilan itu habis tempoh, Perbadanan berkewajipan atau diberi kuasa untuk membuat suatu bayaran perlindungan penstabilan berkenaan dengan institusi anggota, peruntukan khas hendaklah terus terpakai bagi dan berkenaan dengan institusi anggota itu seolah-olah tempoh perlindungan penstabilan itu belum habis tempoh.

(2)

Jika suatu perlindungan penstabilan diperuntukkan oleh

Perbadanan kepada suatu orang yang ditetapkan dan tempoh perlindungan penstabilan telah habis tempoh—

(a)

orang yang ditetapkan itu hendaklah masih bertanggungan bagi semua liabiliti kepada

Perbadanan yang ditanggungnya semasa tempoh orang yang ditetapkan itu tertakluk pada peruntukan yang terpakai bagi suatu institusi anggota menurut kuasa seksyen 150;

(b)

seksyen 193 hingga 201 hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh orang yang ditetapkan semasa tempoh orang yang ditetapkan itu

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 183

tertakluk pada peruntukan yang terpakai bagi suatu institusi anggota menurut kuasa seksyen 150;

(c)

seksyen 202 dan 203 hendaklah terpakai seolah-olah orang yang ditetapkan itu masih tertakluk pada peruntukan yang terpakai bagi suatu institusi anggota menurut kuasa seksyen 150;

(d)

jika, sebelum tempoh perlindungan penstabilan itu habis tempoh,

Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 25, seksyen 161 atau

Bahagian VII berkenaan dengan orang yang ditetapkan itu, peruntukan khas hendaklah terus terpakai bagi dan berkenaan dengan orang yang ditetapkan itu seolah-olah tempoh perlindungan penstabilan itu belum habis tempoh; dan

(e)

jika, sebelum tempoh perlindungan penstabilan itu habis tempoh, Perbadanan berkewajipan atau diberi kuasa untuk membuat suatu bayaran perlindungan penstabilan berkenaan dengan orang yang ditetapkan, peruntukan khas hendaklah terus terpakai bagi dan berkenaan dengan orang yang ditetapkan itu seolah-olah tempoh perlindungan penstabilan itu belum habis tempoh.