Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga dan semasa ketiadaannya, pengarah yang hadir hendaklah memilih seorang pengerusi daripada kalangan pengarah dalam perenggan 11(2)(e) dan orang yang dipilih itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu dan mempunyai segala kuasa
Pengerusi.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1647).
(4)
Keputusan Lembaga hendaklah diambil secara majoriti biasa bagi undian pengarah yang hadir dan mengundi.
(5)
Dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(6)
Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah yang pada masa itu berhak untuk menerima notis mengenai suatu mesyuarat pengarah, adalah sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada suatu mesyuarat pengarah yang sewajarnya diadakan dan dijalankan dan apa-apa ketetapan sedemikian boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk yang serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang pengarah atau lebih.
(7)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan perhubungan atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, telah memohon kebenaran itu.
44
Undang-Undang Malaysia