Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Perbadanan boleh mengadakan—
(a)
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpa pulangan atau bunga, untuk memperoleh perumahan atau kenderaan atau bagi maksud perubatan atau bagi pembiayaan atau pinjaman belas kasihan, kepada pegawai dan pekerjanya;
(b)
kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpa pulangan atau bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawai dan pekerjanya atau mana-mana orang lain; dan 46
Undang-Undang Malaysia
(c)
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.