Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 24

(a)

Perbadanan;

(b)

Bank Negara Malaysia;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 47

(c)

suatu institusi anggota;

(d)

seorang pelanggan Bank Negara Malaysia; atau

(e)

seorang pelanggan suatu institusi anggota, yang telah diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya, tidak boleh—

(A)

memberikan, memberitahu, menunjukkan, menyiarkan, atau selainnya menzahirkan, kepada mana-mana orang, rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen yang lain, bahan atau maklumat; atau

(B)

menggunakan rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen yang lain, bahan atau maklumat, melainkan jika pendedahan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dikehendaki—

(C)

di bawah mana-mana undang-undang;

(D)

bagi pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah Akta ini; atau

(E)

mengikut undang-undang oleh mana-mana mahkamah.

(2)

Tiada seorang pun yang menerima atau memperoleh rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang dizahirkan mengikut subseksyen (1) boleh menzahirkan atau menggunanya kecuali bagi maksud khusus yang kerananya rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat itu telah dizahirkan kepada orang itu.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada masa penzahiran adalah, ataupun telah dijadikan, tersedia ada mengikut undang-undang bagi orang awam daripada apa-apa sumber.

48

Undang-Undang Malaysia

(4)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun menzahirkan yang sama kepada mana-mana orang lain.

(5)

Jika Perbadanan dalam penjalanan mana-mana kuasanya, atau penunaian mana-mana kewajipanya atau fungsinya, di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana jua undang-undang lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini, atau mana-mana jua undang-undang lain, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Perbadanan untuk memberikan maklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis, atau menyampaikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi anggota atau orang lain yang terjejas oleh kesalahan itu atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Perbadanan telah dilakukan.

(6)

Subseksyen (5) hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa ketidakselarasan berkenaan dengannya atau yang bertentangan dengannya, dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Perbadanan