Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 25

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi atau bersampingan dengan matlamat Perbadanan dan, khususnya,

Perbadanan boleh—

(a)

bagi maksud mengurangkan atau mengelakkan risiko kepada sistem kewangan atau ancaman kerugian kepada

Perbadanan—

(i)

memperoleh aset daripada institusi anggota;

(ii)

kecuali bagi maksud penyediaan bantuan likuiditi, membuat pinjaman atau pendahuluan atau menyediakan pembiayaan dengan atau tanpa cagaran, atau menjamin dengan atau tanpa cagaran apa-apa pinjaman, pendahuluan atau pembiayaan yang disediakan, kepada institusi anggota;

(iii)

memperoleh, dengan cara cagaran atau selainnya, atau melanggan syer atau surat cara modal suatu institusi anggota dan memegang, melupuskan atau selainnya berurusan dengan syer atau surat cara modal itu;

(iv)

membuat deposit dengan anggota penerima deposit;

(v)

menjamin semua atau sebahagian liabiliti anggota penerima deposit berkenaan dengan suatu deposit;

atau

(vi)

menjamin atau mengambil alih semua atau sebahagian liabiliti anggota penanggung insurans berkenaan dengan suatu manfaat takaful atau insurans;

(b)

memegang, melupuskan atau selainnya berurusan dengan aset yang diperoleh daripada institusi anggota;

50

Undang-Undang Malaysia

(c)

meminjam atau selainnya mendapatkan dana mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Perbadanan;

(d)

memperoleh dan memegang apa-apa harta alih atau harta tak alih bagi kegunaannya sendiri dan melupuskan atau selainnya berurusan dengan harta sedemikian;

(e)

menjamin, menanggung rugi, atau menjadi bertanggungan bagi pembayaran wang atau pelaksanaan apa-apa obligasi;

(f)

menggadai janji, menggadaikan atau mewujudkan suatu lien atau memindahkan atau selainnya berurusan dengan mana-mana asetnya untuk menjamin pelaksanaan apa-apa obligasinya atau obligasi mana-mana orang lain;

(g)

membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana orang untuk mencapai objektifnya atau berhubung dengan pelaksanaan fungsinya, termasuk suatu perjanjian perikatan strategik dengan Bank Negara Malaysia;

(h)

menyelesaikan atau mengkompromi apa-apa tuntutan oleh atau terhadap Perbadanan;

(ha) menyediakan apa-apa subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpa pulangan atau bunga, kepada mana-mana orang bagi maksud latihan, penyelidikan, pendidikan atau pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan; dan

(i)

melakukan segala perkara lain yang perlu untuk atau bersampingan dengan penjalanan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa obligasi Perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu, melantik mana-mana orang yang bukan seorang pengarah, pegawai atau pekerja Perbadanan, untuk memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan olehnya dalam penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian kewajipannya, di bawah Akta

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 51

ini, atau untuk menjalankan, melaksanakan atau menunaikan kuasa, fungsi atau kewajipan itu bagi pihak dan atas nama Perbadanan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.

Peminjaman wang atau penyediaan pembiayaan bagi maksud tertentu