Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 28

(a)

suatu kumpulan wang insurans deposit Islam yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala premium yang diterima oleh Perbadanan di bawah Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan deposit Islam;

(b)

suatu kumpulan wang insurans deposit konvensional yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala premium yang diterima oleh Perbadanan di bawah Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan deposit konvensional;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 53

(c)

suatu kumpulan wang perlindungan takaful keluarga yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala levi yang diterima oleh Perbadanan di bawah

Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan sijil takaful keluarga;

(d)

suatu kumpulan wang perlindungan takaful am yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala levi yang diterima oleh Perbadanan di bawah

Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan sijil takaful am;

(e)

suatu kumpulan wang perlindungan insurans hayat yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala levi yang diterima oleh Perbadanan di bawah

Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang

54

Undang-Undang Malaysia berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan polisi hayat; dan

(f)

suatu kumpulan wang perlindungan insurans am yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

segala levi yang diterima oleh Perbadanan di bawah

Akta ini; dan

(ii)

segala wang atau aset lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sah kepada, diterima oleh atau terletak hak pada Perbadanan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersampingan dengan kuasa, kewajipan dan fungsinya, berkenaan dengan polisi am.

(2)

Perbadanan diberi kuasa untuk mengkredit segala pendapatan pengendalian langsung kepada, dan mempertanggungkan segala perbelanjaan, kos dan kerugian terhadap kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang tertentu yang berkaitan, dan jika perbelanjaan, kos atau kerugian itu tidak dapat dihubungkaitkan secara khusus dengan kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang tertentu, caj itu—

(a)

hendaklah diagihkan antara kumpulan wang itu mengikut suatu formula yang ditetapkan oleh Perbadanan; atau

(b)

jika Perbadanan tidak menetapkan suatu formula, hendaklah diagihkan antara kumpulan wang itu mengikut perkadaran amaun premium dan levi

Islam dan konvensional yang dipungut dalam tahun taksiran sebelum tahun yang kredit atau tanggungan itu dibuat.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 55

(3)

Perbadanan diberi kuasa untuk memindahkan wang atau aset daripada mana-mana kumpulan wang kepada kumpulan wang lain, sebagaimana yang perlu untuk atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, pencapaian matlamatnya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian kewajipannya, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.

Peminjaman wang atau peruntukan pembiayaan kepada

Perbadanan