Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
suatu deposit konvensional; atau
(b)
suatu deposit Islam;
“deposit diinsuranskan” ertinya deposit yang diinsuranskan secara berasingan sebagai deposit Islam atau deposit konvensional di bawah seksyen 42;
20
Undang-Undang Malaysia
“deposit Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013;
“deposit konvensional” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “deposit” di bawah subseksyen 2(1) Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 dan tidak termasuk suatu deposit Islam;
“depositori pusat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori
Pusat) 1991 [Akta 453];
“ditentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan secara bertulis;
“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan, perbadanan atau bukan perbadanan, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan, perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya pertubuhan itu diperbadankan atau ditubuhkan, atau struktur tadbir urus dan pentadbirannya, bidang fungsi, urusan, kuasa atau tugasnya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;
“ejen depositori yang dibenarkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti
(Depositori Pusat) 1991;
“kumpulan perniagaan” ertinya suatu kumpulan syarikat yang mana sesuatu institusi anggota adalah berkaitan atau bersekutu dengan syarikat lain dalam kumpulan yang sama;
“Gabenor” ertinya Gabenor Bank Negara Malaysia;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 21
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—
(a)
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, yang berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
(b)
apa-apa dokumen yang disempurnakan untuk memindahmilikan, menyerahhakkan, melantik, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen itu ialah pemunya atau pemilik, atau yang dia berhak mendapat suatu hak kontingen mengenainya, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan dalam harta;
(c)
apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, pinjaman saham, hak langganan atau waran yang boleh dipindah milik;
(d)
apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;
(e)
apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang menjaminkan pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau terletak hak atau kontingen; dan
(f)
apa-apa harta ketara atau tak ketara yang lain;
“hayat sertaan” ertinya—
22
Undang-Undang Malaysia
(a)
seseorang yang berkenaan dengannya suatu sijil takaful memperuntukkan perlindungan atas kematian atau keberterusan hidupnya; atau
(b)
seseorang yang berkenaan dengannya suatu sijil takaful memperuntukkan perlindungan atas suatu kemalangan, penyakit atau keuzuran, sama ada orang itu ialah pemunya sijil atau tidak;
“institusi anggota” ertinya suatu institusi kewangan atau orang yang disifatkan atau ditetapkan sebagai institusi anggota di bawah Akta ini dan keanggotaannya tidak dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39;
“institusi kewangan” ertinya suatu bank berlesen, bank Islam, syarikat insurans atau pengendali takaful;
“institusi kewangan pembangunan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618];
“institusi perantaraan” ertinya suatu subsidiari Perbadanan yang dinamakan sebagai suatu institusi perantaraan di bawah perenggan 99(1)(f);
“Jawatankuasa Pentaksir” ertinya jawatankuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 104;
“kemudahan kredit konvensional” ertinya—
(a)
pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa jua nama dipanggil yang dengannya orang yang kepadanya pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain itu diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada dana atau harta orang yang memberikan;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 23
(b)
pemberian suatu jaminan atau apa-apa cagaran berhubung dengan kewajipan mana-mana orang; atau
(c)
apa-apa urus niaga atau transaksi seumpama itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan;
“kemudahan pembiayaan Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “kemudahan pembiayaan”
di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu perbadanan, ertinya seseorang orang sebenar, dengan apa jua nama dipanggil, yang bertanggungjawab, sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan seseorang atau lebih, tertakluk pada kuasa pengarah, bagi penjalanan urusan dan pentadbiran perbadanan itu;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua eksekutif Perbadanan;
“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan;
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan;
“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, dan terletak hak atau kontingen;
“manfaat dilindungi” ertinya manfaat takaful dan insurans yang dilindungi secara berasingan oleh sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah Bahagian V;
“manfaat insurans” ertinya suatu obligasi di bawah suatu polisi insurans untuk membayar suatu amaun kepada atau bagi manfaat orang diinsuranskan atau untuk menunaikan suatu obligasi yang tidak berupa wang apabila berlakunya satu kejadian atau lebih yang diperuntukkan dalam polisi insurans dan suatu amaun yang kena dibayar di bawah suatu polisi insurans disebabkan oleh obligasi sedemikian;
“manfaat insurans dilindungi” ertinya suatu jenis atau perihalan
24
Undang-Undang Malaysia manfaat insurans yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 69(2) sebagai dilindungi di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans yang diperuntukkan dalam
Akta ini;
“manfaat takaful” ertinya suatu obligasi di bawah suatu sijil takaful untuk membayar suatu amaun kepada atau bagi manfaat benefisiari takaful atau untuk menunaikan suatu obligasi yang tidak berupa wang apabila berlakunya satu kejadian atau lebih yang diperuntukkan dalam sijil takaful dan suatu amaun yang kena dibayar di bawah suatu sijil takaful disebabkan oleh obligasi sedemikian;
“manfaat takaful dilindungi” ertinya suatu jenis atau perihalan manfaat takaful yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 69(2) sebagai dilindungi di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans yang diperuntukkan dalam
Akta ini;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi hal kewangan;
“meterai faksimile” ertinya pendua kepada meterai perbadanan bagi
Perbadanan;
“orang diinsuranskan” ertinya seseorang yang berhak kepada suatu manfaat insurans, sama ada orang itu ialah pemunya polisi atau tidak;
“orang diinsuranskan hayat” ertinya—
(a)
seseorang yang berkenaan dengannya suatu polisi insurans memperuntukkan perlindungan atas kematian atau keberterusan hidupnya; atau
(b)
seseorang yang berkenaan dengannya suatu polisi insurans memperuntukkan perlindungan atas suatu kemalangan, penyakit atau keuzuran, sama ada orang itu adalah pemunya polisi atau tidak;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 25
“orang terjejas” ertinya—
(a)
mana-mana syarikat yang berkewajipan atau berhutang di bawah suatu kemudahan pembiayaan
Islam atau kemudahan kredit konvensional kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
(b)
mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalam perenggan (a);
(c)
mana-mana syarikat yang telah menyediakan cagaran bagi pelaksanaan atau penunaian suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang terjejas utama kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; atau
(d)
mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya lima peratus daripada modal syernya telah digadaikan, disandarkan atau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjamin pelaksanaan atau penunaian suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang terjejas utama kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, dan tidak termasuk suatu institusi anggota;
“orang terjejas utama” ertinya mana-mana syarikat yang disebut dalam perenggan (a) takrif “orang terjejas”;
“pegawai”, berhubung dengan suatu institusi anggota atau orang terjejas, ertinya—
(a)
mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja institusi anggota atau orang terjejas;
26
Undang-Undang Malaysia
(b)
mana-mana penerima, pengurus atau penerima dan pengurus sama ada dilantik oleh mahkamah atau selainnya;
dan
(c)
mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah atau selainnya;
“pejabat” termasuklah ibu pejabat, tempat utama perniagaan, cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang diadakan dan disenggarakan bagi suatu tempoh terhad sahaja dan mana-mana tempat perniagaan lain;
“pelikuidasi” termasuklah seorang pelikuidasi interim, jika berkenaan;
“pemunya polisi” ertinya seseorang yang mempunyai hakmilik sah ke atas suatu polisi insurans dan termasuklah—
(a)
jika polisi telah diserahhakan, pemegang serah hak;
(b)
jika berhak terhadap syarikat insurans untuk melaksanakan hak seorang pemunya polisi yang sah, wakil diri pemunya polisi yang mati; dan
(c)
berhubungan dengan suatu polisi yang memperuntukkan pembayaran anuiti, penerima anuiti;
“pemunya sijil” ertinya seseorang yang mempunyai hakmilik sah ke atas suatu sijil takaful dan termasuklah—
(a)
jika sijil telah diserah hak, pemegang serah hak;
(b)
jika berhak terhadap pengendali takaful untuk melaksanakan hak seorang pemunya polisi yang sah bagi sijil itu, wakil diri pemunya sijil yang mati; dan
(c)
berhubung dengan suatu sijil yang memperuntukkan pembayaran anuiti, penerima anuiti;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 27
“pendaftar kapal Malaysia” ertinya pendaftar kapal Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan Perkapalan
Saudagar 1952 [Ord.70/1952] dan termasuklah Pendaftar Besar Kapal yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan itu;
“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614];
“pendaftar mahkamah” ertinya mana-mana Pendaftar, Timbalan
Pendaftar, Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Pendaftar
Mahkamah Tinggi yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 [Akta 91];
“Pendaftar tanah” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 5 *Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 Ordinan Tanah
Sabah [Sabah Bab 68] atau Pendaftar di bawah Kanun Tanah Sarawak
[Sarawak Bab 81];
“pendeposit” ertinya seorang—
(a)
yang akaunnya telah atau akan dikreditkan berkenaan dengan wang yang menjadi suatu deposit Islam atau deposit konvensional atau sebahagian daripada deposit itu; atau
(b)
yang kepadanya suatu institusi anggota bertanggungan berkenaan dengan suatu surat cara yang dikeluarkan bagi wang yang menjadi suatu deposit Islam atau deposit konvensional atau sebahagian daripada deposit itu;
“pengendali takaful” ertinya pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013, selain suatu pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful semula semata-mata dan suatu pengendali takaful antarabangsa;
“Pengerusi” ertinya pengerusi Lembaga;
*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah disemak dan dinamakan sebagai Kanun Tanah
Negara [Akta 828] m.b.p 15 Oktober 2020
28
Undang-Undang Malaysia
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Insurans Deposit Malaysia;
“perbadanan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Syarikat 2016;
“perniagaan perbankan Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
“pihak ketiga yang layak” ertinya suatu perbadanan yang memenuhi apa-apa kriteria yang ditetapkan oleh Perbadanan;
“polisi am” ertinya suatu polisi yang dikeluarkan oleh suatu syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans am;
“polisi hayat” ertinya suatu polisi yang dikeluarkan oleh suatu syarikat insurans yang menjalankan perniagaan insurans hayat yang di bawahnya suatu obligasi timbul atas kematian atau keberterusan hidup seseorang, termasuk peluasan perlindungan bagi kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti, dan suatu polisi yang hanya memperuntukkan perlindungan terhadap penyakit atau keuzuran sahaja atau perbelanjaan perubatan sahaja tetapi tidak termasuk suatu polisi yang merupakan polisi bagi kemalangan diri sahaja;
“polisi hayat sertaan” ertinya suatu polisi hayat yang memberikan suatu hak kepada pemunya polisi untuk menyertai dalam untukan, yang jumlah atau penentuan masa adalah pada budi bicara syarikat insurans, daripada aset suatu kumpulan wang insurans di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013;
“polisi insurans” ertinya suatu polisi hayat atau polisi am;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen dan manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan apa-apa deposit Islam atau sebagai sebahagian daripada apa-apa manfaat takaful atau di bawah mana-mana dokumen, perjanjian, perkiraan dan surat cara yang berhubungan dengan suatu kemudahan pembiayaan Islam;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 29
“sekuriti” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
“sekuriti Islam” ertinya sekuriti yang mengikut Shariah;
“sijil takaful” ertinya suatu kontrak berkenaan dengan takaful keluarga atau takaful am;
“sijil takaful am” ertinya suatu sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful am;
“sijil takaful keluarga” ertinya suatu sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga yang di bawahnya suatu obligasi timbul atas kematian atau keberterusan hidup seseorang, termasuk peluasan perlindungan bagi kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti, dan suatu sijil yang hanya memperuntukkan perlindungan terhadap penyakit atau keuzuran sahaja atau perbelanjaan perubatan sahaja tetapi tidak termasuk suatu sijil bagi kemalangan diri sahaja;
“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016;
“surat cara modal” ertinya syer keutamaan, saham pinjaman, hutang berjangka subordinat atau surat cara lain yang diluluskan oleh Bank
Negara Malaysia sebagai layak untuk menjadi modal bagi maksud
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016;
“syarikat insurans” ertinya suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013, selain suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata, Danajamin Nasional Berhad dan mana-mana orang yang
30
Undang-Undang Malaysia menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan atau perniagaan insurans jaminan kredit semata-mata;
“syer” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016;
“tahun taksiran”, berhubung dengan pengiraan dan pembayaran premium dan levi di bawah Akta ini, ertinya tempoh yang bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember setiap tahun atau apa-apa tempoh lain yang diluluskan oleh Menteri;
“takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
“takaful am” ertinya takaful selain takaful keluarga;
“takaful keluarga” ertinya takaful di bawah suatu sijil takaful keluarga.
Perjanjian kewangan yang layak
(1A)
Bagi maksud ini—
(a)
“cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk pada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk pada suatu perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:
(i)
wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;
(ii)
sekuriti, sekuriti Islam, suatu akaun sekuriti, suatu akaun sekuriti Islam, atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti atau sekuriti Islam; atau
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 31
(iii)
suatu perjanjian niaga hadapan atau suatu akaun niaga hadapan;
(b)
“derivatif” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah atau kadar pertukaran)
atau indeks;
(c)
“derivatif Islam” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang dibuat mengikut Shariah, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti Islam, komoditi, aset, kadar
(termasuk kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;
(d)
“perantaraan kewangan” ertinya —
(i)
suatu agensi penjelasan; atau
(ii)
seseorang, termasuk broker, bank atau syarikat amanah, yang dalam penjalanan biasa perniagaan menyenggara akaun sekuriti, akaun sekuriti Islam atau akaun niaga hadapan untuk orang lain;
(e)
“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—
(i)
suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawahnya yang sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—
(A)
transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;
32
Undang-Undang Malaysia
(B)
nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) dikira atau boleh dikira; dan
(C)
nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang merupakan transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;
(ii)
suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam subperenggan (i);
(iii)
suatu perjanjian untuk meminjam atau meminjamkan sekuriti atau komoditi, termasuk suatu perjanjian untuk memindahkan sekuriti atau komoditi yang di bawahnya peminjam boleh membayar balik pinjaman itu dengan sekuriti atau komoditi yang lain, wang tunai atau bersamaan dengan wang tunai; atau
(iv)
apa-apa perjanjian lain sebagaiman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
(f)
“perjanjian sokongan kredit pindak hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 33
pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak; dan
(g)
“transaksi kewangan yang layak” ertinya —
(i)
suatu derivatif atau suatu derivatif Islam, sama ada yang akan diselesaikan melalui pembayaran atau serahan; atau
(ii)
suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti atau sekuriti Islam.
(2)
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”
hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-mana kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, undang-undang kecil, perintah, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling, nota atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini.