Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 30

(a)

sekuriti denominasi ringgit yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia atau daripada gred pelaburan tinggi sebagaimana yang dinilaikan oleh suatu agensi penilaian yang bereputasi baik;

(b)

deposit dengan Bank Negara Malaysia atau mana-mana institusi kewangan; atau

(c)

apa-apa pelaburan lain yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Lembaga.

56

Undang-Undang Malaysia

(2)

Perbadanan boleh, semata-mata bagi maksud melindungi apa-apa pendedahan yang berbangkit daripada perenggan (1)(a), (b)

atau (c), membuat transaksi kewangan, sama ada diniagakan di bursa atau di kaunter termasuk kontrak swap, niaga hadapan, opsyen dan hadapan.

(3)

Apa-apa pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) daripada kumpulan wang insurans deposit Islam, kumpulan wang perlindungan takaful keluarga atau kumpulan wang perlindungan takaful am hendaklah mengikut Shariah.

Tahun kewangan