Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
yang disifatkan sebagai suatu institusi anggota di bawah seksyen 37 Akta yang dimansuhkan, hendaklah berterusan kekal sebagai suatu institusi anggota di bawah Akta ini; atau
(b)
yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372], Akta Bank Islam 1983
[Akta 276], Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai suatu institusi anggota dari tarikh ia diberikan lesen.
58
Undang-Undang Malaysia
(2)
Suatu pengendali takaful atau syarikat insurans disifatkan sebagai suatu institusi anggota—
(a)
dari tarikh berkuatkuasanya Akta ini; atau
(b)
jika ia mula wujud selepas tarikh berkuatkuasanya Akta ini, dari tarikh ia didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984
[Akta 312], atau dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996
[Akta 553], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
(3)
Mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi anggota oleh suatu perintah yang disebut dalam subseksyen 27(1) disifatkan sebagai suatu institusi anggota dari tarikh kuat kuasa perintah itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen 120(1), seksyen ini tidak terpakai bagi suatu institusi perantaraan.
Terma dan syarat keanggotaan