Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Penamatan keanggotaan
(2)
Jika Lembaga bercadang untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu, Perbadanan hendaklah memberikan notis bertulis mengenai cadangannya kepada institusi anggota itu dan hendaklah memberi institusi anggota itu suatu peluang untuk membuat representasi dalam tempoh lima hari dari tarikh notis itu berkenaan dengan cadangan itu.
(3)
Jika representasi telah diterima oleh Perbadanan daripada institusi anggota itu, Lembaga hendaklah menimbangkan representasi itu dan hendaklah membuat keputusan untuk mengesahkan atau tidak mengesahkan cadangan untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu.
(4)
Jika Lembaga telah mengesahkan cadangannya untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu,
Perbadanan hendaklah—
(a)
dengan serta-merta memaklumkan Menteri dan Bank
Negara Malaysia secara bertulis; dan
(b)
mengeluarkan suatu notis bertulis mengenai penamatan keanggotaan kepada institusi anggota yang keanggotaannya
60
Undang-Undang Malaysia hendaklah ditamatkan apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
(5)
(Dipotong oleh Akta A1505).
(6)
(Dipotong oleh Akta A1505).
(7)
Jika, pada bila-bila masa selepas suatu notis penamatan telah diberikan kepada suatu institusi anggota di bawah subseksyen (4),
Perbadanan berpuas hati bahawa sebagai akibat daripada apa-apa tindakan oleh institusi anggota itu, atau mana-mana orang lain, risiko kepada pendeposit atau benefisiari takaful atau orang diinsuranskan atau Perbadanan telah dielakkan atau dikurangkan secara substansial,
Perbadanan boleh membatalkan notis penamatannya itu dan memaklumkan Menteri sewajarnya.
(8)
Apa-apa keputusan Perbadanan untuk menamatkan suatu keanggotaan atau membatalkan penamatan itu adalah muktamad dan mengikat.
Kesan pembatalan atau penamatan