Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
bekas institusi anggota itu tidak boleh memakai atau menggunakan perkataan
“insurans deposit”
atau
“perlindungan manfaat takaful” atau “pampasan manfaat takaful” atau “perlindungan manfaat insurans” atau
“pampasan manfaat insurans”, atau apa-apa terbitan daripada atau variasi perkataan itu dalam apa-apa bahasa atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai bererti atau membayangkan bahawa institusi itu ialah suatu institusi anggota;
(b)
dalam hal bekas anggota penerima deposit, deposit yang belum dijelaskan pada tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan keanggotaan itu, ditolak apa-apa pengeluaran
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 61
daripada deposit itu, akan terus diinsuranskan selama tempoh dua tahun dari tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan itu atau sehingga dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal;
(c)
dalam hal bekas anggota penanggung insurans, manfaat dilindungi pada tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan itu berkuat kuasa, ditolak apa-apa pembayaran yang dibuat disebabkan oleh manfaat itu, hendaklah terus dilindungi selepas tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan itu sehingga penunaian semua obligasi bekas anggota penanggung insurans berkenaan dengan manfaat takaful atau insurans itu;
(d)
bekas institusi anggota itu tidak boleh dianggap sebagai suatu institusi anggota hanya kerana liabilitinya berkenaan dengan deposit atau manfaat takaful atau insurans terus diinsuranskan atau dilindungi di bawah Akta ini walaupun keanggotaannya telah dibatalkan atau ditamatkan; dan
(e)
bekas institusi anggota itu tidak boleh dilepaskan daripada obligasi atau liabilitinya kepada Perbadanan yang telah terakru sebelum pembatalan atau penamatan keanggotaannya itu.
(2)
Jika keanggotaan bekas anggota penerima deposit telah ditamatkan di bawah seksyen 39, institusi itu tidak boleh, mulai tarikh kuat kuasa penamatan itu, meminta atau menerima apa-apa lagi deposit.
(3)
Jika keanggotaan bekas anggota penanggung insurans telah ditamatkan di bawah seksyen 39, institusi itu tidak boleh, mulai tarikh kuat kuasa penamatan itu, menawarkan atau mengeluarkan apa-apa lagi sijil takaful atau polisi insurans atau memperbaharui apa-apa sijil takaful atau polisi insurans.
(4)
Bagi maksud perenggan (1)(b) atau (c), suatu pembatalan atau penamatan keanggotaan tidak boleh menjejaskan obligasi, hak dan
62
Undang-Undang Malaysia keupayaan Perbadanan untuk membuat suatu bayaran di bawah Bab 3
Bahagian IV atau Bab 3 Bahagian V.
(5)
Jika keanggotaan suatu institusi anggota telah dibatalkan atau ditamatkan—
(a)
dalam hal bekas anggota penerima deposit, institusi itu hendaklah memberi notis mengenai insurans berterusan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b);
(b)
dalam hal bekas anggota penanggung insurans, institusi itu hendaklah memberikan notis mengenai perlindungan berterusan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(c); dan
(c)
Perbadanan boleh memberikan notis mengenai pembatalan atau penamatan keanggotaan bekas institusi anggota jika pada pendapat
Perbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itu diberikan, melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(6)
Jika suatu bekas anggota penerima deposit berkewajipan untuk membayar balik kepada seseorang apa-apa wang yang telah diterima atau dipegang olehnya semasa ia masih suatu institusi anggota, wang itu tidak boleh menjadi suatu deposit atau sebahagian daripada suatu deposit bagi maksud insurans deposit dengan Perbadanan jika tarikh yang orang yang memperoleh kepentingannya dalam wang itu ialah suatu tarikh selepas tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan bekas institusi anggota itu berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7)
Jika bekas anggota penanggung insurans bertanggungan kepada mana-mana orang bagi suatu manfaat takaful atau insurans dan liabiliti itu ditanggung semasa ia masih suatu institusi anggota, manfaat takaful atau insurans itu tidak boleh menjadi suatu manfaat dilindungi jika tarikh yang orang yang memperoleh kepentingannya dalam manfaat itu ialah suatu tarikh selepas tarikh pembatalan atau penamatan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 63
keanggotaan bekas institusi anggota itu berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(8)
Mana-mana bekas institusi anggota yang melanggar perenggan (1)(a) atau perenggan (5)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.