Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(a)
“deposit” ertinya baki belum dibayar daripada agregat deposit sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) yang diterima atau dipegang oleh anggota penerima deposit daripada atau bagi pihak seseorang dan termasuklah—
(i)
suatu draf bank, cek kembara, surat kredit bayar dahulu, kiriman wang atau surat cara lain yang seumpamanya yang berkenaan dengannya anggota penerima deposit itu bertanggungan terutamanya dan yang memenuhi kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
(ii)
cek atau surat cara atau arahan lain yang seumpamanya yang dimasukkan ke dalam sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah
64
Undang-Undang Malaysia subseksyen 30(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau subseksyen 39(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 walau apa pun apa-apa kelengahan atau kegagalan oleh anggota penerima deposit itu dalam mengkreditkan akaun itu;
(iii)
deposit mata wang asing; atau
(iv)
apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, tetapi tidak termasuk, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Perbadanan di bawah subperenggan (iv)—
(A)
suatu deposit yang tidak kena dibayar di Malaysia;
(B)
suatu deposit pasaran wang;
(C)
suatu deposit surat cara boleh niaga dan apa-apa deposit pembawa yang lain;
(D)
suatu perjanjian beli semula;
(E)
suatu deposit yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit dalam perjalanan perniagaan perbankan Labuannya yang dijalankan di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan dan
Sekuriti
Labuan 2010 [Akta 704] atau perniagaan perbankan
Islam Labuannya yang dijalankan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010 [Akta 705];
(EA) suatu pelaburan berkaitan derivatif; dan
(F)
apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
(b)
“akaun amanah” termasuklah wang yang dipegang dalam akaun bagi maksud suatu amanah.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 65
(2)
(Dipotong oleh Akta A1647).
Skop perlindungan bagi deposit