Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(a)
deposit Islam; dan
(b)
deposit konvensional.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
jika seorang pendeposit memiliki hanya satu deposit dengan suatu anggota penerima deposit, deposit itu hendaklah diinsuranskan—
(i)
berkenaan dengan wang pokok dan pulangan bagi deposit Islam, setakat had yang ditetapkan oleh
Menteri atas syor Perbadanan; dan
(ii)
berkenaan dengan wang pokok dan bunga bagi deposit konvensional, setakat had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan
(b)
jika seorang pendeposit memiliki lebih daripada satu deposit dengan suatu anggota penerima deposit, agregat deposit itu hendaklah diinsuranskan—
(i)
berkenaan dengan wang pokok dan pulangan bagi deposit Islam, setakat apa-apa had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan
(ii)
berkenaan dengan wang pokok dan bunga bagi deposit konvensional, setakat had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.
66
Undang-Undang Malaysia
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, suatu had yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) boleh berhubung dengan apa-apa jenis atau perihalan deposit dan had yang berbeza boleh terpakai bagi jenis atau perihalan deposit yang berbeza.
(4)
Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209—
(a)
jika anggota penerima deposit berkewajipan untuk membayar balik wang kepada seorang pendeposit yang bertindak sebagai seorang pemegang amanah untuk mana-mana benefisiari atau sebagai pemunya bersama dengan seorang yang lain, dan peramanahan atau pemunyaan bersama itu telah didedahkan dalam rekod anggota penerima deposit itu—
(i)
deposit pendeposit itu sebagai pemegang amanah atau sebagai seorang pemunya bersama, hendaklah disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan daripada mana-mana deposit pendeposit itu yang bertindak bagi pihak dirinya sendiri atau bertindak bagi amanah yang lain atau keupayaan bersama dengan anggota penerima deposit itu;
(ii)
jika seorang pemegang amanah bertindak bagi dua benefisiari atau lebih, deposit yang dipegang olehnya sebagai amanah bagi setiap benefisiari, hendaklah setiap satu disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan; dan
(iii)
deposit yang dipegang sebagai amanah oleh seorang pemegang amanah bagi seorang benefisiari dalam anggota penerima deposit hendaklah disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan daripada suatu deposit benefisiari itu dengan anggota penerima deposit itu bagi pihak dirinya sendiri dan hendaklah juga disifatkan sebagai berasingan daripada mana-mana deposit yang dipegang sebagai amanah oleh
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 67
pemegang amanah yang lain untuk benefisiari itu dalam anggota penerima deposit itu;
(b)
bagi mengelakkan keraguan, jika seorang pendeposit ialah pemunya bersama bagi suatu deposit dalam suatu anggota penerima deposit dengan seorang yang lain, kesemua deposit pendeposit itu dengan orang itu hendaklah diagregatkan dan disifatkan sebagai satu deposit dan hendaklah diinsuranskan setakat had yang ditetapkan di bawah subseksyen (2); dan
(c)
bagi maksud perenggan (4)(a) dan (b)—
(i)
anggota penerima deposit itu hendaklah menyatakan dalam rekodnya—
(A)
bagi suatu akaun amanah, bahawa akaun itu dipegang oleh pemegang amanah bagi benefisiari yang dinamakan; atau
(B)
bagi suatu akaun bersama, nama tiap-tiap pemegang akaun bersama;
(ii)
pemegang amanah hendaklah—
(A)
menyenggara rekod terperinci sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan mengenai akaun amanah;
(B)
mengemukakan kepada anggota penerima deposit itu apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan di bawah Akta ini; dan
(C)
memfailkan suatu akuan berkanun yang memperakui ketepatan rekod yang dikemukakan di bawah subsubperenggan (B)
apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan 68
Undang-Undang Malaysia
(iii)
pemegang amanah dalam menyenggara dan mengemukakan mana-mana rekod mengenai akaun amanah yang dikehendaki di bawah subperenggan (ii)
hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, betul dan lengkap dan tidak mengandungi maklumat yang palsu atau mengelirukan dan anggota penerima deposit itu hendaklah bergantung pada apa-apa rekod itu bagi maksud subperenggan (i) dan pemegang amanah hendaklah menanggung rugi anggota penerima deposit itu sekiranya berlaku apa-apa prosiding undang-undang yang berhubungan dengan rekod itu.
(5)
Walau apa pun apa-apa dalam perenggan (4)(a), Perbadanan tidak boleh menginsuranskan secara berasingan deposit yang dipegang sebagai amanah bagi mana-mana benefisiari sekiranya, pada pendapat
Perbadanan, amanah itu wujud terutamanya bagi maksud mendapatkan atau menaikkan insurans deposit.
(6)
Bagi maksud subperenggan (4)(a)(i), mana-mana deposit yang dipegang sebagai amanah oleh seorang pemegang amanah yang sama untuk benefisiari yang sama hendaklah diagregatkan dan disifatkan sebagai satu deposit.
(7)
Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209 dan penzahiran yang dibuat oleh pemegang amanah di bawah subperenggan (4)(c)(ii), jika seorang pendeposit—
(a)
mengendalikan suatu perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau seorang rakan kongsi suatu perkongsian; atau
(b)
menjalankan mana-mana amalan profesional, yang telah dizahirkan sedemikian dalam rekod anggota penerima deposit, suatu deposit perniagaan atau amalan profesional itu hendaklah disifatkan sebagai berasingan daripada deposit pendeposit bagi pihak dirinya sendiri atau sebagai pemegang amanah atau pemunya bersama.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 69
(8)
Perbadanan boleh menghendaki pendeposit untuk mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu bagi maksud membuat apa-apa bayaran di bawah Akta ini.
Pemindahan deposit antara anggota penerima deposit