Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 46

Bukan sebahagian deposit

Jika wang yang atau telah diterima oleh anggota penerima deposit yang baginya anggota penerima deposit itu telah mengeluarkan atau berkewajipan untuk mengeluarkan suatu surat cara yang membuktikan suatu deposit, selain suatu draf bank, cek kembara, surat kredit bayar dahulu atau kiriman wang—

(a)

wang itu tidak menjadi suatu deposit melainkan jika surat cara dan rekod anggota penerima deposit itu menyatakan orang yang berhak, pada tarikh pengeluaran surat cara itu, kepada pembayaran balik wang yang dibuktikan itu;

(b)

orang yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah disifatkan sebagai pendeposit berkenaan dengan wang itu melainkan jika butiran suatu pindah milik surat cara itu dicatatkan dalam rekod anggota penerima deposit itu, dalam hal sedemikian penerima pindah milik terkini yang ditunjukkan dalam rekod itu hendaklah disifatkan sebagai pendeposit; dan

(c)

catatan suatu pindah milik dalam rekod anggota penerima deposit tidaklah berkesan bagi maksud perenggan (b), jika catatan itu dibuat selepas pembatalan atau penamatan keanggotaan anggota penerima deposit itu.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 73

Premium

Takrif