Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b)
suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh
Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47A, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premium pertama yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit baharu seperti yang berikut:
(a)
dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b)
suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh
Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47A, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3)
Jika perniagaan satu atau lebih anggota penerima deposit sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu—
(a)
sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu; dan
(b)
selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit baharu itu.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 75
perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan
Islamnya dipindahkan kepada anggota penerima deposit baharu di bawah suatu skim pemindahan perniagaan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penerima deposit baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penerima deposit baharu yang berbeza.
(6)
Anggota penerima deposit baharu hendaklah membayar premium pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi anggota atau apa-apa tempoh lain yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.
Pengiraan premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu