Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), kadar atau kadar-kadar premium tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor
Perbadanan.
(3)
Premium tahunan yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit bagi suatu tahun taksiran tidak boleh lebih rendah daripada apa-apa amaun atau amaun-amaun minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) boleh berhubung dengan kategori yang dalamnya anggota penerima deposit dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.
(5)
Mana-mana anggota penerima deposit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 77
Pengiraan premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit