Malaysia legislation

Section 49A

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 49A

(a)

anggota penerima pindahan hendaklah membayar premium tahunan bagi tahun taksiran itu yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

(b)

premium tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—

78

Undang-Undang Malaysia

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk pada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan; dan

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(c)

pihak pemindah tidak dikehendaki untuk membayar premium tahunan di bawah seksyen 48 bagi tahun taksiran itu; dan

(d)

bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a)

Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan

Islam dan perniagaan perbankan Islamnya dipindahkan di bawah suatu skim pemindahan perniagaan kepada anggota penerima pindahan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam.

(2)

Jika perniagaan satu atau lebih bukan anggota penerima deposit dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit (dalam subseksyen ini disebut sebagai

“anggota penerima pindahan”) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran —

(a)

anggota penerima pindahan itu hendaklah, walaupun ia telah membayar premium tahunan di bawah subseksyen 48(1), membayar premium tahunan tambahan yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan

(b)

premium tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah —

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 79

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk pada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan; dan

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berhubung dengan kategori yang anggota penerima deposit dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.

(4)

Mana-mana anggota penerima deposit yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Tiada tolakan berkenaan dengan anggota penerima deposit