Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 51

Surcaj premium berkenaan dengan anggota penerima deposit

(2)

Surcaj premium yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun taksiran tertentu tidak boleh melebihi premium yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit itu berkenaan dengan tahun taksiran sebelumnya atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(3)

Jika, pada pendapat Perbadanan anggota penerima deposit—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1505);

(b)

telah tidak atau tidak mematuhi terma dan syarat keanggotaan, mana-mana aku janji yang diberikan kepada atau perjanjian yang dibuat dengan Perbadanan, atau mana-mana peraturan, kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota Perbadanan berkenaan dengan insurans deposit;

(c)

telah tidak atau tidak mematuhi permintaan bagi mendapatkan maklumat atau telah menyekat hak untuk mendapat akses kepada maklumat oleh Perbadanan, Bank

Negara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau

(d)

telah tidak atau tidak menyenggara rekod deposit dengan sewajarnya atau membuat salah nyataan, sama ada melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan, mengenai apa-apa maklumat, termasuk maklumat tentang liabiliti deposit diinsuranskan yang digunakan sebagai suatu asas bagi apa-apa pentaksiran premium di bawah Bahagian ini,

Perbadanan hendaklah—

(A)

jika ia bercadang untuk mengenakan surcaj premium ke atas anggota penerima deposit itu, berunding dengan

Bank Negara Malaysia tentang alasan untuk mengenakan suatu surcaj premium dan amaun surcaj premium itu; dan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 81

(B)

memberi anggota penerima deposit itu suatu peluang untuk membuat representasi kepada Perbadanan tentang apa-apa cadangan surcaj premium dalam tempoh tujuh hari dari tarikh suatu notis bertulis dikeluarkan oleh Perbadanan kepada anggota penerima deposit itu.

(4)

Jika Perbadanan menerima representasi daripada anggota penerima deposit itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (3)(B), Perbadanan hendaklah menimbangkan representasi itu dan memutuskan sama ada untuk mengenakan suatu surcaj premium dan jika ya, memutuskan amaun surcaj premium itu.

(5)

Jika Perbadanan memutuskan untuk mengenakan suatu surcaj premium, Perbadanan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Menteri sebelum mengenakan surcaj premium itu ke atas anggota penerima deposit itu.

(6)

Suatu surcaj premium hendaklah dikenakan oleh Perbadanan melalui notis bertulis kepada anggota penerima deposit itu dan hendaklah kena dibayar kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(7)

Apa-apa pendapat yang dibentuk atau keputusan yang dibuat oleh Perbadanan berkaitan dengan pengenaan atau amaun apa-apa surcaj premium berkenaan dengan mana-mana anggota penerima deposit adalah muktamad dan mengikat.

(8)

Suatu surcaj yang dibayar kepada Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Disatukan.

Caj lampau tempoh berkenaan dengan anggota penerima deposit

Section 51 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011