Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(a)
anggota penerima deposit yang memegang deposit itu;
(b)
bekas anggota penerima deposit sebagaimana yang disebut dalam perenggan 40(1)(b), jika perintah penggulungan itu dibuat dalam tempoh dua tahun dari tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan keanggotaannya; atau
(c)
mana-mana orang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan di bawah subseksyen 44(1) jika perintah
84
Undang-Undang Malaysia penggulungan dibuat dalam baki tahun taksiran selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan.
(2)
Jika Perbadanan berkewajipan untuk membuat bayaran di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana deposit,
Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin dan dalam apa-apa hal tidak lebih daripada tiga bulan dari tarikh perintah penggulungan (dalam seksyen ini disebut sebagai “tempoh statutori”)
membuat bayaran kepada orang itu berdasarkan rekod anggota penerima deposit, bekas anggota penerima deposit atau orang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(c), sebagaimana Perbadanan berpendapat ternyata berhak kepadanya.
(3)
Tempoh statutori tidak boleh terpakai jika Perbadanan tidak dapat menentukan orang yang berhak kepada suatu bayaran atau amaun yang hendaklah dibayar berkenaan dengan suatu deposit, disebabkan oleh—
(a)
kuat kuasa undang-undang;
(b)
suatu tindakan di mahkamah mengenai hak ke atas atau amaun deposit;
(c)
suatu perintah mahkamah; atau
(d)
suatu petisyen kebankrapan atau penggulungan dikemukakan kepada mahkamah terhadap seorang pendeposit.
(4)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Perbadanan berhubungan dengan orang yang berhak kepada suatu bayaran atau amaun yang hendaklah dibayar berkenaan dengan suatu deposit adalah muktamad dan mengikat.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 85
Bayaran budi bicara