Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 57

Perbadanan boleh, dengan kebenaran bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat bayaran berkenaan dengan mana-mana deposit yang diinsuranskan oleh Perbadanan jika—

(a)

suatu anggota penerima deposit yang memegang deposit itu, bekas anggota penerima deposit yang memegang deposit sebagaimana yang disebut dalam perenggan 40(1)(b) atau seseorang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan di bawah subseksyen 44(1), tidak dapat membuat apa-apa bayaran berkenaan dengan deposit itu, disebabkan oleh—

(i)

suatu perintah mahkamah;

(ii)

apa-apa tindakan yang diambil oleh suatu badan kawal selia atau Perbadanan; atau

(iii)

apa-apa tindakan yang diambil oleh penerima, pengurus atau penerima dan pengurus semasa tempoh anggota penerima deposit itu atau orang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan berada dalam penerimaan;

(b)

suatu petisyen penggulungan telah dikemukakan kepada mahkamah terhadap anggota penerima deposit yang memegang deposit itu atau seseorang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan di bawah subseksyen 44(1); atau

(c)

keanggotaan anggota penerima deposit yang memegang deposit itu dibatalkan atau ditamatkan.

Bayaran pendahuluan