Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 5

(2)

Lembaga boleh mengadakan suatu meterai faksimile dan boleh membenarkan tandatangan mana-mana pengarah dan setiausaha dibuat melalui cetakan atau cara mekanikal yang lain.

(3)

Meterai perbadanan hendaklah digunakan dengan kebenaran

Lembaga dan tiap-tiap surat cara yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah dan hendaklah ditandatangan balas oleh setiausaha atau oleh seorang lagi pengarah atau oleh seorang lain yang dilantik Lembaga, dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(4)

Tiap-tiap surat cara yang padanya meterai faksimile dicapkan dan ditandatangani oleh seorang pengarah dan setiausaha melalui cetakan atau cara mekanikal yang lain hendaklah mempunyai kuasa dan kesahan yang sama seolah-olah meterai perbadanan telah diletakkan pada surat cara itu dan surat cara itu telah ditandatangani mengikut subseksyen (3).

(5)

Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada meterai perbadanan dan meterai faksimile itu.

(6)

Meterai perbadanan dan meterai faksimile itu hendaklah disimpan dalam jagaan setiausaha atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga.

Penyempurnaan dokumen