Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Bagi maksud mengira bayaran wajib oleh Perbadanan berkenaan dengan mana-mana deposit yang diinsuranskan oleh Perbadanan jika suatu perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan anggota penerima deposit yang memegang deposit itu, bekas anggota penerima deposit sebagaimana yang disebut dalam perenggan 40(1)(b) atau mana-mana orang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan di bawah subseksyen 44(1), wang pokok, termasuk pulangan atau bunga yang terakru berhubung dengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanya sehingga tarikh pemfailan petisyen penggulungan itu.