Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Perbadanan boleh membayar pulangan atau bunga atas bayaran wajib
Jika Perbadanan membuat suatu bayaran wajib di bawah seksyen 56, Perbadanan boleh atas budi bicaranya sendiri membayar, sebagai tambahan kepada amaun yang Perbadanan berkewajipan untuk membayar, pulangan atau bunga ke atas amaun itu pada suatu kadar yang ditentukan oleh Perbadanan bagi tempoh yang bermula pada tarikh pemfailan petisyen penggulungan berkenaan dengan anggota penerima deposit yang memegang deposit itu dan berakhir pada tarikh bayaran dibuat berkenaan dengan deposit itu, tetapi agregat bayaran
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 87
yang dibuat di bawah seksyen ini dan seksyen 56 berhubung dengan deposit itu hendaklah dalam apa-apa hal tidak melebihi apa-apa had sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 42(2).