Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 69

Undang-Undang Malaysia

(a)

takaful keluarga;

(b)

takaful am;

(c)

insurans hayat; dan

(d)

insurans am.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh menetapkan yang berikut melalui peraturan-peraturan di bawah seksyen 209:

(a)

jenis atau perihalan manfaat takaful dalam kategori yang disebut dalam subseksyen (1) yang adalah manfaat takaful dilindungi, jenis atau perihalan benefisiari takaful dan jenis atau perihalan harta yang dilindungi, atau tidak termasuk, di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans; dan

(b)

jenis atau perihalan manfaat insurans dalam kategori yang disebut dalam subseksyen (1) yang adalah manfaat insurans dilindungi, jenis atau perihalan orang diinsuranskan dan jenis atau perihalan harta yang dilindungi, atau tidak

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 91

termasuk, di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans.

(3)

Bagi maksud Bahagian ini—

(a)

“risiko” ertinya—

(i)

berhubung dengan suatu sijil takaful keluarga, kematian atau keberterusan hidup orang hayat sertaan;

(ii)

berhubung dengan suatu polisi hayat, kematian atau keberterusan hidup orang diinsuranskan hayat;

(iii)

berhubung dengan suatu sijil takaful am, kerugian apabila berlakunya satu kejadian atau lebih yang diperuntukkan di bawah sijil itu; dan

(iv)

berhubung dengan suatu polisi am, kerugian apabila berlakunya satu kejadian atau lebih yang diperuntukkan di bawah polisi itu;

(b)

“sijil kumpulan” atau “polisi kumpulan” ertinya sijil takaful atau polisi insurans yang di bawahnya terdapat tiga hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat atau lebih pada masa sijil atau polisi itu dikeluarkan;

(c)

“pihak ketiga” ertinya seseorang, yang bukan benefisiari takaful atau orang diinsuranskan, yang terhadap tuntutannya seseorang benefisiari takaful atau orang diinsuranskan ditanggung rugi di bawah suatu sijil takaful am atau polisi am;

(d)

“risiko kejadian”

ertinya apa-apa kejadian yang berhubungan dengannya suatu sijil takaful atau polisi insurans memperuntukkan suatu manfaat takaful atau insurans.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1)—

92

Undang-Undang Malaysia

(a)

jika seseorang pemunya sijil berhak ke atas manfaat dilindungi di bawah dua sijil takaful keluarga atau lebih dengan anggota penanggung insurans yang sama dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan yang sama, agregat manfaat itu hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan;

(b)

jika seseorang pemunya polisi berhak ke atas manfaat dilindungi di bawah dua polisi hayat atau lebih dengan anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat yang sama, agregat manfaat itu hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan;

(c)

jika seseorang pemunya sijil atau polisi berhak ke atas manfaat dilindungi di bawah dua sijil takaful am atau polisi am atau lebih dengan anggota penanggung insurans yang sama, agregat manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful am atau polisi am itu hendaklah dilindungi—

(i)

berkenaan dengan manfaat dilindungi di bawah takaful am yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan atau harta dilindungi yang sama, setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan

(ii)

berkenaan dengan manfaat dilindungi di bawah polisi am yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat atau harta diinsuranskan yang sama, setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan;

(d)

jika seseorang pemunya sijil atau polisi ditanggung rugi oleh anggota penanggung insurans yang sama di bawah suatu sijil takaful am atau polisi am terhadap tuntutan dua yang sama, manfaat takaful atau insurans berkenaan dengan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 93

tuntutan setiap pihak ketiga hendaklah dilindungi secara berasingan setakat apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan;

(e)

jika—

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu sijil takaful keluarga kumpulan; atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu polisi hayat kumpulan, manfaat takaful atau insurans berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang baginya kumpulan sijil takaful keluarga kumpulan atau polisi hayat kumpulan adalah berhubungan itu hendaklah dilindungi secara berasingan setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan;

(f)

jika—

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu sijil takaful am kumpulan;

atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu polisi am kumpulan, manfaat takaful atau insurans berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang baginya sijil takaful am kumpulan atau polisi am kumpulan itu adalah berhubungan hendaklah dilindungi secara berasingan setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh

Menteri atas syor Perbadanan;

(g)

jika—

94

Undang-Undang Malaysia

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah dua kumpulan sijil takaful keluarga kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan yang sama; atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat dilindungi di bawah dua polisi hayat kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat yang sama, agregat manfaat takaful atau insurans itu berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang baginya sijil takaful keluarga atau polisi hayat kumpulan itu adalah berhubungan hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan;

(h)

jika—

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah dua sijil takaful am kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan yang sama; atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat dilindungi di bawah dua polisi am kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat yang sama, agregat manfaat takaful atau insurans itu berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang baginya sijil takaful am kumpulan atau polisi am kumpulan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 95

itu adalah berhubungan hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan;

(i)

jika—

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu sijil takaful keluarga dan suatu sijil takaful keluarga kumpulan yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan yang sama; atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu polisi hayat dan suatu polisi hayat kumpulan yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat yang sama, agregat manfaat takaful atau insurans itu berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang dengannya sijil takaful keluarga dan sijil takaful keluarga kumpulan itu atau polisi hayat dan polisi hayat kumpulan itu adalah berhubungan hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan; dan

(j)

jika—

(i)

seseorang pemunya sijil berhak kepada manfaat dilindungi di bawah suatu sijil takaful am dan satu sijil takaful am kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan hayat sertaan yang sama; atau

(ii)

seseorang pemunya polisi berhak kepada manfaat

96

Undang-Undang Malaysia dilindungi di bawah suatu polisi am dan satu polisi am kumpulan atau lebih yang dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans yang sama yang berhubungan dengan risiko kejadian yang sama berkenaan dengan orang diinsuranskan hayat yang sama, agregat manfaat takaful atau insurans itu berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat yang baginya sijil takaful am dan sijil takaful am kumpulan itu atau polisi am dan polisi am kumpulan itu adalah berhubungan hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.

(5)

Dalam hal seseorang pemunya sijil atau polisi yang berhak kepada manfaat dilindungi di bawah hanya satu sijil takaful atau polisi dengan suatu anggota penanggung insurans, manfaat takaful atau insurans itu hendaklah dilindungi setakat amaun berkaitan yang ditetapkan di bawah perenggan (4)(a), (b) atau (c).

(6)

Dalam hal seseorang pemunya sijil atau polisi yang berhak kepada manfaat dilindungi di bawah perenggan (4)(a), (b), (g) atau (i)

dan menyerahkan sijil takaful keluarga atau polisi hayatnya, atau sijil takaful keluarga kumpulan atau polisi hayat kumpulannya, agregat nilai serahan berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat hendaklah dilindungi setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.

(7)

Bagi mengelakkan keraguan, suatu amaun yang ditetapkan di bawah subseksyen (4) boleh berhubung dengan apa-apa jenis, perihalan atau kategori manfaat dilindungi dan amaun berbeza boleh ditetapkan bagi jenis, perihalan atau kategori manfaat takaful dan insurans dilindungi yang berbeza.

Pemindahan sijil atau polisi antara anggota penanggung insurans