Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(2)
Jika terdapat suatu pemindahan liabiliti sijil takaful atau polisi insurans di bawah subseksyen (1)—
(a)
anggota pemindah itu hendaklah memberikan notis mengenai pemindahan liabiliti sijil takaful atau polisi insurans dan perlindungan berasingan yang berterusan yang disebut dalam subseksyen (1); dan
(b)
Perbadanan boleh memberikan notis mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) jika pada pendapat
Perbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itu diberikan, melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(3)
Anggota penanggung insurans hendaklah menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi maksud subseksyen (1).
(4)
Anggota penanggung insurans yang melanggar perenggan (2)(a)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Levi
Takrif