Malaysia legislation
Section 73A
Seksyen 73A
(a)
anggota penerima pindahan hendaklah membayar levi tahunan bagi tahun taksiran itu yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
(b)
levi tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan (a)
hendaklah—
(i)
berdasarkan kadar dan tertakluk pada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor
Perbadanan; dan
(ii)
dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan; dan
(c)
pihak pemindah tidak dikehendaki untuk membayar levi tahunan di bawah seksyen 72 bagi tahun taksiran itu.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 103
(2)
Jika perniagaan satu atau lebih bukan anggota penanggung insurans dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran—
(a)
anggota penerima pindahan itu hendaklah, walaupun ia telah membayar levi tahunan di bawah subseksyen 72(1), membayar levi tahunan tambahan yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan
(b)
levi tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah —
(i)
berdasarkan kadar dan tertakluk pada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor
Perbadanan; dan
(ii)
dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berhubung dengan kategori yang anggota penanggung insurans dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.
(4)
Mana-mana anggota penanggung insurans yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
104
Undang-Undang Malaysia
Tiada tolakan berkenaan dengan anggota penanggung insurans