Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
Surcaj levi berkenaan dengan anggota penanggung insurans
(2)
Surcaj levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun taksiran tertentu tidak boleh melebihi levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan tahun taksiran yang sebelumnya atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3)
Jika, pada pendapat
Perbadanan anggota penanggung insurans—
(a)
(Dipotong oleh Akta A1505);
(b)
telah tidak atau tidak mematuhi terma dan syarat keanggotaan, mana-mana aku janji yang diberikan kepada atau perjanjian yang dibuat dengan Perbadanan, atau mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota Perbadanan berkenaan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 105
(c)
telah tidak atau tidak mematuhi permintaan bagi mendapatkan maklumat atau telah menyekat hak untuk mendapat akses kepada maklumat oleh Perbadanan, Bank
Negara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau
(d)
telah tidak atau tidak menyenggara rekod manfaat takaful atau insurans dengan sewajarnya atau membuat salah peninggalan, mengenai apa-apa maklumat, termasuk maklumat tentang liabiliti takaful atau insurans, atau sumbangan bersih atau premium bersih yang digunakan sebagai suatu asas bagi apa-apa pentaksiran levi di bawah
Bahagian ini,
Perbadanan hendaklah—
(A)
jika ia bercadang untuk mengenakan surcaj levi ke atas anggota penanggung insurans itu, berunding dengan Bank
Negara Malaysia tentang alasan untuk mengenakan suatu surcaj levi dan amaun surcaj levi itu;
(B)
memberi anggota penanggung insurans itu suatu peluang untuk membuat representasi kepada Perbadanan tentang apa-apa cadangan surcaj levi dalam tempoh tujuh hari dari tarikh suatu notis bertulis dikeluarkan oleh Perbadanan kepada anggota penanggung insurans itu.
(4)
Jika Perbadanan menerima representasi daripada anggota penanggung insurans itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (3)(B), Perbadanan hendaklah menimbang representasi itu dalam memutuskan sama ada untuk mengenakan suatu surcaj levi dan jika ya, memutuskan amaun surcaj levi itu.
(5)
Jika Perbadanan memutuskan untuk mengenakan suatu surcaj levi, Perbadanan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada
Menteri sebelum mengenakan surcaj levi itu ke atas anggota penanggung insurans itu.
106
Undang-Undang Malaysia
(6)
Suatu surcaj levi hendaklah dikenakan oleh Perbadanan melalui notis bertulis kepada anggota penanggung insurans itu dan hendaklah kena dibayar kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(7)
Apa-apa pendapat yang dibentuk atau keputusan yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubungan dengan pengenaan atau amaun apa-apa surcaj levi berkenaan dengan mana-mana anggota penanggung insurans adalah muktamad dan mengikat.
(8)
Suatu surcaj yang dibayar kepada Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Disatukan.
Caj lampau tempoh berkenaan dengan anggota penanggung insurans