Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(a)
anggota penanggung insurans yang telah mengeluarkan sijil takaful atau polisi insurans itu; atau
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 109
(b)
suatu anggota penanggung insurans yang kepadanya liabiliti sijil takaful atau polisi insurans itu telah dipindahkan di bawah subseksyen 70(1).
(2)
Jika Perbadanan berkewajipan untuk membuat bayaran di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, berdasarkan sijil takaful atau polisi insurans itu dan apa-apa dokumentasi sokongan yang termasuk dalam rekod anggota penanggung insurans itu, membuat bayaran kepada mana-mana orang sebagaimana Perbadanan berpendapat ternyata berhak ke atasnya.
(3)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubungan dengan orang yang berhak kepada suatu bayaran atau amaun yang hendaklah dibayar berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi adalah muktamad dan mengikat.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1505).
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, berkenaan dengan suatu sijil takaful keluarga atau polisi hayat—
(a)
nilai sijil takaful keluarga itu atau nilai polisi hayat itu yang disebut dalam perenggan 83(2)(b),
83(3)(b)
atau subseksyen 84(3) ialah suatu manfaat dilindungi; dan
(b)
walau apa pun subseksyen 83(2), 83(3) dan 84(3),
Perbadanan berkewajipan untuk membuat bayaran berkenaan dengan setiap hayat sertaan atau orang diinsuranskan hayat seperti yang berikut:
(i)
jika terdapat satu sijil atau polisi, nilai sijil takaful keluarga itu atau nilai polisi hayat itu hanya setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan
(ii)
jika terdapat dua atau lebih sijil atau polisi, agregat nilai sijil takaful keluarga itu atau nilai polisi hayat itu hanya setakat apa-apa amaun yang ditetapkan oleh
Menteri atas syor Perbadanan.
110
Undang-Undang Malaysia
Bayaran budi bicara berkenaan dengan manfaat dilindungi