Malaysia legislation

Section 81

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 81

Perbadanan boleh, dengan kebenaran bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat bayaran berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi jika—

(a)

anggota penanggung insurans yang telah mengeluarkan sijil takaful atau polisi insurans itu atau anggota penanggung insurans yang kepadanya liabiliti sijil takaful atau polisiinsurans itu telah dipindahkan di bawah subseksyen 70(1), tidak dapat membuat apa-apa bayaran berkenaan dengan manfaat dilindungi itu, disebabkan oleh—

(i)

suatu perintah mahkamah;

(ii)

apa-apa tindakan yang diambil oleh suatu badan kawal selia atau Perbadanan; atau

(iii)

apa-apa tindakan yang diambil oleh penerima, pengurus atau penerima dan pengurus dalam tempoh anggota penanggung insurans itu berada dalam penerimaan;

(b)

suatu petisyen penggulungan terhadap anggota penanggung insurans itu telah dikemukakan kepada mahkamah; atau

(c)

keanggotaan anggota penanggung insurans itu dibatalkan atau ditamatkan.

Bayaran pendahuluan berkenaan dengan manfaat dilindungi