Malaysia legislation

Section 83

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 83

Pemberhentian polisi insurans dan sijil takaful dalam penggulungan

(2)

Jika suatu sijil terhenti berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya sijil adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans disebabkan oleh sijil itu—

(a)

berkenaan dengan sijil takaful amnya, pemulangan sebahagian daripada sumbangan takaful yang sepadan dengan baki tempoh sijil takaful itu;

(b)

berkenaan dengan sijil takaful keluarganya, nilai sijil takaful keluarga itu;

(c)

nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang secara berasingan berkenaan dengan sijil takaful itu; atau

(d)

apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.

(3)

Jika suatu polisi terhenti berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya polisi adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans disebabkan oleh polisi itu—

(a)

berkenaan dengan polisi amnya, pemulangan sebahagian daripada premium yang sepadan dengan baki tempoh polisi itu;

(b)

berkenaan dengan polisi hayatnya, nilai polisi hayat itu;

112

Undang-Undang Malaysia

(c)

nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang secara berasingan berkenaan dengan polisi itu; atau

(d)

apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan—

(a)

subseksyen (1) dan (2) tidak boleh berkuat kuasa untuk meniadakan apa-apa hak seseorang pemunya sijil atau mana-mana benefisiari takaful lain terhadap anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan mana-mana risiko kejadian yang telah berlaku sebelum tarikh perintah penggulungan, yang dalam hal ini, pemunya sijil atau benefisiari takaful lain itu adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans itu, amaun yang kena dibayar kepadanya disebabkan oleh risiko kejadian yang telah berlaku itu; dan

(b)

subseksyen (1) dan (3) tidak boleh berkuat kuasa untuk meniadakan apa-apa hak seseorang pemunya polisi atau mana-mana orang diinsuranskan yang lain terhadap anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan mana-mana risiko kejadian yang telah berlaku sebelum tarikh perintah penggulungan, yang dalam hal ini, pemunya polisi atau orang diinsuranskan yang lain itu adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans itu, amaun yang kena dibayar kepadanya disebabkan oleh risiko kejadian yang telah berlaku itu.

Penentuan bayaran wajib bagi sijil takaful keluarga dan polisi hayat

Section 83 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011