Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), jika Perbadanan menerima suatu tuntutan daripada seseorang benefisiari takaful atau orang diinsuranskan yang menyatakan bahawa suatu risiko kejadian di bawah takaful am atau polisi am telah berlaku sebelum tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa yang berkenaan dengannya bayaran belum dibuat oleh atau bagi pihak anggota penanggung insurans, amaun bayaran wajib berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi hendaklah dikira berdasarkan kepada kewajipan anggota penanggung insurans itu yang timbul apabila risiko kejadian itu berlaku.
(3)
Bayaran wajib itu hendaklah tertakluk pada—
(a)
penerimaan tuntutan itu oleh Perbadanan dalam apa-apa tempoh, dan mengikut cara dan dengan apa-apa dokumentasi sokongan yang ditentukan oleh Perbadanan;
(b)
bukti, pada kepuasan munasabah Perbadanan, bahawa risiko kejadian itu berlaku sebelum tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa, jika Perbadanan berpendapat bahawa dokumentasi sokongan yang disebut dalam perenggan (a) tidaklah mencukupi; dan
(c)
kesahan tuntutan itu.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 115
(4)
Jika mana-mana syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (2)
dan (3) tidak dipenuhi, amaun bayaran wajib hendaklah berdasarkan amaun yang sepatutnya kena dibayar sebagai hutang yang kena dibayar kepada pemunya sijil atau pemunya polisi pada tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa sebagai pemulangan sebahagian daripada sumbangan takaful atau premium yang sepadan dengan baki tempoh sijil takaful atau polisi itu.
(5)
Walau apa pun peruntukan seksyen 80 atau 81, Perbadanan boleh membuat bayaran yang disebut dalam seksyen ini pada bila-bila masa selepas suatu petisyen penggulungan terhadap anggota penanggung insurans itu dikemukakan di mahkamah.
(6)
Walau apa pun mana-mana peruntukan yang bertentangan dalam sijil takaful atau polisi atau perjanjian lain, seseorang benefisiari takaful atau orang diinsuranskan disifatkan sebagai berhak di bawah sijil takaful atau polisi itu untuk membuat suatu tuntutan terhadap anggota penanggung insurans itu berdasarkan kewajipan anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan suatu risiko kejadian yang berlaku sebelum tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Perbadanan berkaitan dengan orang yang berhak kepada suatu bayaran atau amaun yang hendaklah dibayar berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi adalah muktamad dan mengikat.
Pemberitahuan oleh Perbadanan