Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(a)
tarikh yang ditetapkan untuk mendengar petisyen itu;
(b)
tempoh masa untuk memfailkan dengan Perbadanan tuntutan berkenaan dengan manfaat takaful keluarga atau
116
Undang-Undang Malaysia polisi hayat dilindungi berdasarkan risiko kejadian yang telah berlaku atau berlaku sebelum tarikh perintah penggulungan;
(c)
tempoh masa untuk memfailkan dengan Perbadanan tuntutan berkenaan dengan manfaat takaful am ataupolisi am dilindungi berdasarkan risiko kejadian yang telah berlaku atau berlaku sebelum tarikh sijil takaful atau polisi itu terhenti berkuat kuasa; dan
(d)
apa-apa maklumat berkaitan yang lain yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(2)
Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui pos biasa yang dihantar ke alamat pemunya sijil atau pemunya polisi yang terakhir ditunjukkan dalam rekod anggota penanggung insurans dan melalui iklan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Pengiraan pulangan atau bunga atas manfaat dilindungi bagi bayaran wajib