Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
Pengiraan pulangan atau bunga atas manfaat dilindungi bagi bayaran budi bicara
Bagi maksud mengira bayaran oleh Perbadanan berkenaan dengan apa-apa manfaat dilindungi jika Perbadanan membuat suatu bayaran budi bicara—
(a)
tertakluk pada perenggan (b), pulangan atau bunga terakru berhubung dengan manfaat takaful atau insurans itu hendaklah dimasukkan hanya sehingga tarikh bayaran oleh
Perbadanan; atau
(b)
jika suatu prosiding bagi penggulungan anggota penanggung insurans itu telah dimulakan sebelum tarikh bayaran oleh
Perbadanan tetapi suatu perintah penggulungan belum lagi dibuat, pulangan atau bunga yang terakru itu hendaklah dimasukkan hanya sehingga tarikh pemfailan petisyen penggulungan.
Pelepasan liabiliti, dsb., berkenaan dengan manfaat dilindungi