Malaysia legislation

Section 95

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 95

Bank Negara Malaysia hendaklah, dalam masa yang sesuai, menyediakan kepada Perbadanan—

(a)

laporan bertulis selepas pemeriksaan yang dijalankan di bawah seksyen 146 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

atau seksyen 158 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan yang kepadanya sesuatu institusi anggota adalah tertakluk;

(b)

suatu perkadaran atau melalui apa-apa cara lain, suatu penilaian mengenai keselamatan dan kekukuhan institusi anggota, termasuk keadaan kewangannya;

(c)

apa-apa maklumat yang difikirkan berkaitan oleh Bank

Negara Malaysia mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau

(d)

apa-apa maklumat yang sampai ke perhatian Bank Negara

Malaysia mengenai apa-apa perubahan dalam hal keadaan institusi anggota yang boleh memberi kesan secara material terhadap kedudukan Perbadanan.

120

Undang-Undang Malaysia

Pemeriksaan