Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
(2)
Skop pemeriksaan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk pemeriksaan mengenai —
(a)
sama ada rekod yang wajar dan mencukupi mengenai liabiliti deposit atau manfaat takaful atau insuransnya disenggarakan oleh insititusi anggota;
(b)
sama ada laporan yang dibuat oleh institusi anggota mengenai premium, levi, liabiliti deposit, liabiliti takaful atau liabiliti insuransnya adalah betul secara substansial;
(c)
pematuhan terhadap terma dan syarat atau apa-apa kehendak lain mengenai keanggotaan; atau
(d)
apa-apa hal lain yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan, selepas berunding dengan Bank Negara Malaysia.
(3)
Perbadanan boleh menugaskan orang lain untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan di bawah subseksyen (2) atau subseksyen 97(1).
(4)
Suatu salinan laporan mengenai apa-apa pemeriksaan di bawah subseksyen (1) atau yang ditugaskan di bawah subseksyen (3)
hendaklah disediakan oleh Perbadanan untuk Bank Negara Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas siapnya laporan itu.
(5)
Perbadanan boleh mendapatkan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen ini daripada institusi anggota sebagai suatu hutang yang perlu dan kena dibayar kepada Perbadanan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 121
Pemeriksaan khas