Malaysia legislation

Section 99

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 99

(a)

menghendaki institusi anggota itu—

(i)

supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda, berhubung dengan dirinya, urusannya atau pegawainya dalam masa yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan;

(ii)

supaya berhenti daripada menerima, mengambil atau membayar semula deposit atau berhenti daripada mengeluarkan atau memperbaharui, atau membuat bayaran di bawah sijil takaful atau polisi insurans,

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 123

atau menjalankan kuasanya atau sebahagian daripada urusannya sebagaimana yang diarahkan oleh

Perbadanan; atau

(iii)

untuk menyusun semula keseluruhan atau sebahagian daripada urusannya, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;

(b)

memperoleh syer institusi anggota itu daripada pemegang syernya yang sedia ada atau melanggan syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota itu mengikut dokumen konstituen institusi anggota itu;

(c)

mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian daripada aset, liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu, menjalankan keseluruhan atau sebahagian daripada urusannya dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada aset, liabiliti dan hal ehwalnya termasuk melupuskan aset atau urusannya atau apa-apa bahagian daripadanya, atau melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Perbadanan (dalam

Bahagian ini disebut “orang dilantik”) dan terma dan syarat bagi orang dilantik termasuk arahan Perbadanan kepada orang dilantik, hendaklah ditentukan oleh Perbadanan dan hendaklah mengikat institusi anggota yang berkenaan;

(d)

memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima, pengurus atau penerima dan pengurus

(mana-mana satu orang itu disebut dalam Bahagian ini sebagai “penerima”) untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada aset, liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu;

(e)

tertakluk pada kelulusan Menteri, mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk menggulung institusi anggota itu;

124

Undang-Undang Malaysia

(f)

dengan kelulusan Menteri, menamakan suatu subsidiari

Perbadanan sebagai institusi perantaraan;

(g)

memindahkan—

(i)

apa-apa aset, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;

dan

(ii)

apa-apa liabiliti deposit atau liabiliti takaful atau insurans dan liabiliti lain institusi anggota itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, kepada suatu institusi perantaraan, atau menyebabkan satu pindahan demikian atau lebih, atas terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan;

(ga) dengan kelulusan Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, memindahkan semua atau mana-mana yang berikut:

(i)

syer dan surat cara modal yang dikeluarkan oleh institusi anggota; atau

(ii)

waran atau hak di bawah apa-apa surat cara yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota, kepada mana-mana orang, selain Perbadanan dan mana-mana subsidiari Perbadanan, menurut peruntukan yang berhubungan dengan pemindahan wajib syer dalam Bab 2A;

atau

(h)

melakukan apa-apa, kombinasi mana-mana yang disebut di atas, dengan syarat bahawa liabiliti deposit Islam hendaklah dipindahkan hanya kepada suatu institusi anggota yang merupakan suatu bank Islam

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 125

atau institusi perantaraan yang operasinya dijalankan selaras dengan

Shariah dan liabiliti takaful hendaklah dipindahkan hanya kepada suatu institusi anggota yang merupakan suatu pengendali takaful atau institusi perantaraan yang operasinya dijalankan selaras dengan

Shariah.

(1A)

Jika Perbadanan menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (1), institusi anggota hendaklah membayar kos, caj dan perbelanjaan Perbadanan atau orang dilantik, termasuk saraan orang dilantik, daripada aset institusi anggota itu mendahului semua tuntutan lain.

(2)

Perbadanan boleh menjalankan atau terus menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), kecuali perenggan (1)(a), berkenaan dengan bekas institusi anggota yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39 dan sebutan mengenai institusi anggota dalam Bahagian ini termasuklah, jika berkenaan, bekas institusi anggota yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39.

(3)

Perbadanan atau orang dilantik, dalam melaksanakan apa-apa transaksi di bawah Bahagian ini—

(a)

tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang institusi anggota dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya, atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pengawal selia atau pihak berkuasa lain apa-apa jua kecuali, jika berkenaan, pihak berkuasa Negeri yang mempunyai bidang kuasa terhadap urusan tanah, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengan transaksi itu walau apa pun apa-apa rukun undang-undang, kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasuk Akta Syarikat 2016 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen institusi anggota; dan

(b)

tidak dikehendaki untuk membuat suatu tawaran ambil alih atau dikehendaki untuk memperoleh syer pemegang syer lain mana-mana institusi anggota atau syer peminjam di bawah apa-apa perkiraan pinjaman dan peminjaman syer,

126

Undang-Undang Malaysia walau apa pun apa-apa rukun undang-undang, kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang, dan bagi mengelakkan keraguan, seseorang, selain Perbadanan, orang dilantik atau mana-mana subsidiari Perbadanan, adalah tertakluk pada kehendak, jika ada, pihak berkuasa kerajaan, pengawal selia atau yang lain apa-apa jua yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa terhadap pemerolehan oleh atau pelupusan kepada orang itu apa-apa aset, liabiliti atau urusan institusi anggota atau sebahagian daripadanya.

(4)

Mana-mana institusi anggota yang tidak mematuhi mana-mana kehendak Perbadanan menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Perbadanan boleh memindahkan apa-apa aset atau liabiliti institusi anggota kepada suatu institusi perantaraan di bawah Bahagian ini atau menyebabkan suatu pindahan balik kepada institusi anggota akan apa-apa aset atau liabiliti itu sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan—

(a)

melalui satu surat cara pindah milik atau lebih; atau

(b)

mengikut undang-undang am.

(6)

Suatu surat cara pindah milik yang dikeluarkan mengikut Jadual

Kedua hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas dengannya.

(7)

Apa-apa penjalanan kuasa Perbadanan di bawah Bahagian ini yang menjejaskan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja suatu institusi anggota, termasuk pemecatan seorang pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota atau pengubahan atau penamatan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 127

anggota, adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian lain, sama ada secara tersurat atau tersirat, sama ada secara berseorangan atau kolektif, dan sama ada dibuat atau tidak dibuat atau diperuntukkan atau tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seseorang yang dipecat daripada jawatannya atau yang kontrak perkhidmatannya diubah atau ditamatkan, tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi kehilangan atau penamatan jawatan itu.

Notis pengambilalihan kawalan

Section 99 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011