Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Mana-mana orang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Bahagian III atau Bahagian IV boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kawalan Harga dan Antipencatutan 17