Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 30

Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 29 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Penolong Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 29 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb.