Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—
(a)
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia ada sebab munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
(b)
boleh menghendaki—
(i)
orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai itu ada sebab munasabah untuk mengesyaki, komputer itu sedang atau telah digunakan sedemikian; atau
(ii)
orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberinya apa-apa bantuan munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
(3)
Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital.
Pemberian maklumat