Malaysia legislation

Section 53

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 53

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan Bahagian ini.

Kewajipan untuk menyimpan rekod 53a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang wajar yang berhubungan dengan kendalian perniagaan termasuk rekod yang berikut:

(a)

rekod jualan termasuk resit dan buku jualan;

(b)

rekod pembelian termasuk invois daripada pembekal;

(c)

rekod perbelanjaan termasuk rekod pembayaran, invois dan butiran mengenai perolehan;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 35

(d)

dokumen yang berhubungan dengan penentuan harga bagi barangan atau perkhidmatan itu;

(e)

rekod saraan, elaun atau gaji; dan

(f)

rekod cukai dan apa-apa dokumen yang berkaitan, jika ada.

(2)

Rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;

(b)

tersedia pada bila-bila masa bagi pemeriksaan oleh

Penolong Pengawal; dan

(c)

dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Section 53 — AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011