Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 7

Kuasa Pengawal untuk menentukan amaun deposit

Pengawal boleh menentukan amaun deposit yang mana-mana orang, yang menjual apa-apa barangan harga terkawal tertakluk kepada syarat bahawa bekas barangan itu hendaklah dikembalikan, boleh menghendaki berkenaan dengan bekas itu, dan boleh menentukan amaun yang orang itu hendaklah, apabila bekas itu dikembalikan, membayar balik kepada orang yang mengembalikan bekas itu dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya bayaran balik itu kena dibayar.