Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA JURUANALISIS MAKANAN 2011

Seksyen 12

(1)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Majlis.

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat

Majlis, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

(3)

Pengerusi atau

Timbalan

Pengerusi, apabila mempengerusikan mesyuarat, hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

(4)

Tujuh orang anggota hendaklah membentuk kuorum sesuatu mesyuarat Majlis.

(5)

Semua soalan di hadapan mesyuarat Majlis hendaklah diputuskan melalui majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi.

(6)

Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Jawatankuasa

Section 12 — FOOD ANALYSTS ACT 2011 | mylaw.my