Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
(1)
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana kapasiti sedemikian atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
(2)
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;
(b)
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
(c)
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pelantikan pegawai diberi kuasa