Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(1)
Ketua
Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)—
(a)
tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan
(b)
mana-mana buku, rekod, radas, kelengkapan, alat, benda, barang, bahan atau apa-apa benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Pemulaan pendakwaan