Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA JURUANALISIS MAKANAN 2011

Seksyen 7

(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan,

Kementerian

Kesihatan

Malaysia yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

(c)

dua orang juruanalisis makanan berdaftar daripada sektor swasta yang dilantik oleh Menteri, yang salah seorang daripada mereka hendaklah seorang anggota Institut

Teknologi Makanan Malaysia;

(d)

dua orang juruanalisis makanan berdaftar yang disyorkan oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia daripada kalangan anggotanya dan dilantik oleh Menteri;

(e)

dua orang ahli sains makanan yang digaji oleh institusi pendidikan tinggi yang menawarkan ijazah dalam sains makanan atau teknologi makanan atau sains dan teknologi makanan, yang hendaklah dilantik oleh

Menteri; dan

(f)

tiga orang wakil daripada suatu agensi kerajaan yang berkaitan dengan makanan yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Pengerusi hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang pegawai Kementerian Kesihatan untuk menjadi Setiausaha

Majlis.

(3)

Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah

Akta ini disebabkan sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan

Pengerusi.

(4)

Pengerusi boleh mewakilkan kepada Timbalan Pengerusi mana-mana kuasanya, dan apabila diwakilkan sedemikian kuasa itu

Juruanalisis Makanan 13

hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.

Tempoh jawatan

Section 7 — FOOD ANALYSTS ACT 2011 | mylaw.my