Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 47

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barang yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang-barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barang yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini, barang-barang itu hendaklah dikira dan disifatkan telah

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang itu dan bahawa barang-barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada

Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barang-barang itu.

(5)

Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan Penolong Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada Mahkamah untuk keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang itu dan orang yang daripadanya barang-barang itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya barang-barang itu dilepaskan.

(7)

Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

(8)

Jika apa-apa barang yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini adalah daripada jenis mudah musnah atau jika jagaan barang-barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh dijual pada bila-bila

Perihal Dagangan 47

masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Pelepasan benda yang disita

Section 47 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my