Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi apa-apa barang;
(b)
membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan; atau
(c)
mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(A)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(B)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Istilah-istilah yang digunakan dalam seksyen ini dan di mana-mana jua ia terdapat dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut seksyen 6, 7 dan 10.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
Perihal dagangan