Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan, pada suatu kedudukan yang ketara—
(a)
pemegang lesen itu, ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana pemegang syernya, pengawalnya, pengarahnya atau pengurusnya, telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009,
*Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989, **Akta
Bank Islam 1983, *Akta Insurans 1996 [Akta 553], **Akta
Takaful 1984 [Akta 312], *Akta Kawalan Pertukaran
Wang 1953, *Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627],
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbirkan oleh Bank atau Akta Syarikat 1965 atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau kesalahan lain yang seumpamanya;
(b)
pengawal pemegang lesen itu telah tidak mematuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai”;
(c)
pemegang lesen itu telah dilikuidasikan atau telah digulungkan atau selainnya dibubarkan;
(d)
pemegang lesen itu sedang melanggar atau telah melanggar seksyen 19, 21, 22, 29, 30, 32, 34, 35, 36, 37,
39, 40 atau 42 atau subseksyen 33(2);
(e)
pemegang lesen itu telah melanggar mana-mana syarat lesennya;
*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U.(B) 276/2013] dan 1
Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].
**CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]–
lihat seksyen 282 Akta 759 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali perenggan 1 hingga 10 Jadual 9 dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9) [P.U.(B) 277/2013] dan 1 Januari 2015 (bagi perenggan 1 hingga 10 Jadual 9 dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9) [P.U. (B) 553/2014].
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(f)
pemegang lesen itu telah berhenti daripada menjalankan perniagaan perkhidmatan wang yang baginya ia dilesenkan bagi apa-apa tempoh yang berterusan selama enam bulan, atau bagi apa-apa tempoh yang agregatnya sembilan bulan dalam tempoh yang berterusan selama dua belas bulan;
(g)
pemegang lesen itu terlibat dalam amalan yang tidak selamat dan tidak wajar;
(h)
pemegang lesen itu sedang melanggar atau telah melanggar peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; atau
(i)
pemegang lesen itu telah tidak memastikan bahawa ejen perniagaan perkhidmatan wangnya mematuhi kehendak berhemat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(2)
Jika Bank bercadang untuk membatalkan sesuatu lesen, Bank hendaklah memberi pemegang lesen itu notis bertulis yang menyatakan pembatalan yang dicadangkan itu dan alasan bagi pembatalan itu.
(3)
Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen (2).
(4)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Bank hendaklah membatalkan lesen itu melalui notis bertulis.
(5)
Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi pemegang lesen itu notis bertulis mengenai keputusannya itu.
(6)
Suatu pembatalan di bawah subseksyen (4), atau suatu keputusan untuk membatalkan lesen di bawah subseksyen (5),
Perniagaan Perkhidmatan Wang 27
hendaklah berkuat kuasa serta-merta atau pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam notis bertulisnya.
(7)
Jika Bank memutuskan di bawah subseksyen (5) untuk tidak membatalkan lesen itu, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas pemegang lesen itu sebagaimana yang ditentukannya dalam notis bertulis itu yang diberikan di bawah subseksyen itu.
(8)
Kepuasan Bank bahawa perenggan (1)(d), (e), (h) atau (i)
telah dilanggar oleh seseorang pemegang lesen boleh tercapai tanpa mengambil kira sama ada atau tidak apa-apa pendakwaan diambil terhadap mana-mana pemegang lesen bagi pelanggaran itu.
Rayuan terhadap pembatalan lesen