Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
suatu pelawaan atau tawaran untuk membuat apa-apa transaksi yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang; atau
(b)
maklumat yang boleh membawa, secara langsung atau tidak langsung, kepada suatu transaksi yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang.
Dengan syarat bahawa larangan dalam subseksyen ini tidak terpakai bagi penyiaran oleh mana-mana orang tentang apa-apa iklan sedemikian untuk atau bagi pihak seseorang pemegang lesen atau seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang.
(2)
Tiada seorang pun boleh menerbitkan, menyiarkan, atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan atau menyiarkan suatu iklan yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang yang diketahuinya adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan dalam sesuatu butir matan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Ketelusan dalam urus niaga