Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

“akaun” termasuklah rekod apa-apa transaksi kewangan pemegang lesen;

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Pengurupan Wang 1998

[Akta 577];

“amalan tidak selamat dan tidak wajar” ertinya apa-apa amalan atau kelakuan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang yang mewujudkan kemungkinan ketaksolvenan, kehilangan atau kelesapan aset pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, atau yang selainnya memudaratkan kepentingan pelanggannya atau kepentingan awam;

“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia;

“bank berlesen” ertinya—

(a)

suatu bank berlesen yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam *seksyen 2

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau

(b)

suatu bank Islam yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam **seksyen 2

Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

“dana” atau “wang” termasuklah apa-apa unit akaun atau unit nilai yang memudahkan pembelian barangan atau perkhidmatan;

“data” ertinya gambaran maklumat atau konsep yang sedang disediakan atau telahpun disediakan dalam sesuatu bentuk yang sesuai bagi kegunaan dalam sesuatu komputer;

*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 276/2013] dan 1

Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].

**CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]–

lihat seksyen 282 Akta 759 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali perenggan 1 hingga 10 Jadual 9 dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9) [P.U. (B) 277/2013] dan 1 Januari 2015 (bagi perenggan 1 hingga 10 Jadual 9

dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9) [P.U. (B) 553/2014].

Perniagaan Perkhidmatan Wang 11

“ejen perniagaan perkhidmatan wang” ertinya seseorang—

(a)

yang dilantik oleh seorang pemegang lesen mengikut seksyen 43 untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak pemegang lesen itu; dan

(b)

yang berdaftar dengan Bank sebagai seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen 44;

“Gabenor” ertinya Gabenor Bank dan termasuklah seseorang

Timbalan Gabenor Bank;

“harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hak milik atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit;

“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 7;

“ketua pegawai eksekutif”, berhubung dengan seseorang pemegang lesen, ertinya seseorang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang yang lain atau lebih, bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa lembaga pengarah pemegang lesen itu, bagi penjalanan perniagaan dan pengurusan pemegang lesen itu;

“komputer”

ertinya apa-apa peranti untuk merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau untuk melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa jua peranti itu disebut, dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih secara kombinasi atau berturut-

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

turut atau selainnya dengan cara bergabung, komputer-komputer itu hendaklah dikira sebagai suatu komputer tunggal, sama ada komputer-komputer itu berada di dalam premis yang sama atau sebaliknya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

“maklumat” termasuklah penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank;

“mata wang asing” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima mata wang asing dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank, tetapi tidak termasuk apa-apa mata wang asing sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;

“menentukan” ertinya menentukan secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk membuat penentuan yang berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan, dan untuk meminda apa-apa penentuan;

“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat penetapan yang berlainan bagi orang yang berlainan atau bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“output komputer” ertinya sesuatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang—

(a)

dikeluarkan oleh sesuatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin sesuatu komputer; atau

Perniagaan Perkhidmatan Wang 13

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pejabat” termasuklah tempat utama perniagaan, suatu cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang diadakan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja, dan suatu terminal elektronik atau platform dan mana-mana tempat lain yang darinya, atau di mana, suatu perniagaan perkhidmatan wang sedang atau telah dijalankan;

“pekerja”, berhubung dengan seseorang pemegang lesen, mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan termasuklah ketua pegawai eksekutif dan pengurus;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah

Akta ini;

“pemegangan syer substansial” dan “pemegang syer substansial”

mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam seksyen 69D Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang menjawat jawatan seorang pengarah, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, dan, khususnya, tanpa menjejaskan yang disebut dahulu, dalam hal—

(a)

suatu perbadanan, mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4

Akta Syarikat 1965;

(b)

suatu badan berkanun, ertinya seorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain, walau apa jua namanya disebut, bagi badan berkanun itu;

(c)

suatu perkongsian, ertinya seorang pekongsi;

(d)

suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal itu; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(e)

mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya mana-mana orang yang mengarah dan mengawal pengurusan hal ehwalnya atau perniagaannya;

“pengawal”, berhubung dengan seseorang pemegang lesen, ertinya seseorang yang, sama ada berseorangan atau dengan mana-mana sekutu—

(a)

mempunyai kepentingan dalam lebih daripada lima puluh peratus daripada syer pemegang lesen itu;

(b)

mempunyai kepentingan dalam satu per tiga atau lebih syer mengundinya;

(c)

mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan supaya dilantik sebilangan besar pengarah pemegang lesen itu;

(d)

mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat, keputusan berkenaan dengan penjalanan perniagaan atau pengurusan pemegang lesen itu dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan; atau

(e)

ialah ketua pegawai eksekutif pemegang lesen itu atau suatu pertubuhan perbadanan yang subsidiarinya ialah seorang pemegang lesen, dan perkataan “kawal” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“pengurus”, berhubung dengan seseorang pemegang lesen, ertinya seorang pegawai pemegang lesen itu tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang bertanggungjawab bagi suatu pejabat pemegang lesen itu, atau bagi suatu jabatan atau suatu bahagian bagi pemegang lesen itu;

Perniagaan Perkhidmatan Wang 15

“peniaga yang diberi kuasa”, berhubung dengan mata wang asing, ertinya seseorang yang pada masa ini diberi kuasa melalui suatu perintah oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah *Akta

Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] untuk bertindak bagi maksud Akta itu sebagai peniaga yang diberi kuasa;

“perniagaan mata wang borong” ertinya perniagaan—

(a)

membeli atau menjual mata wang asing dengan seseorang peniaga yang diberi kuasa, seseorang pemegang lesen atau mana-mana orang di luar Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

mengimport mata wang kertas asing daripada, atau mengeksport mata wang kertas asing kepada, mana-mana orang di luar Malaysia; atau

(c)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank;

“perniagaan pengiriman wang” ertinya perniagaan memindahkan dana atau yang memudahkan pemindahan dana, sama ada dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara atau sama ada terdapat apa-apa perpindahan dana atau tidak, bagi pihak seseorang pengirim asal di dalam atau di luar Malaysia, dengan tujuan untuk menjadikan dana itu tersedia bagi seseorang benefisiari di dalam atau di luar Malaysia dan pengirim asal dan benefisiari itu boleh orang yang sama, tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan, aktiviti, sistem atau perkiraan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;

“perniagaan pengurupan wang” ertinya mana-mana atau semua perniagaan yang berikut:

*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 276/2013] dan 1

Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(a)

perniagaan untuk membuat suatu urus niaga tukaran mata wang pada suatu kadar tukaran;

(b)

perniagaan membeli atau menjual cek kembara, bagi pihak seseorang pengeluar cek kembara, pada suatu kadar tukaran; atau

(c)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank;

“perniagaan perkhidmatan wang” ertinya mana-mana atau semua perniagaan yang berikut:

(a)

perniagaan pengurupan wang;

(b)

perniagaan pengiriman wang;

(c)

perniagaan mata wang borong;

“premis” termasuklah—

(a)

sesuatu struktur, sama ada boleh alih atau tidak atau di luar pesisir atau tidak, fizikal atau sebaliknya, bangunan, khemah, kenderaan, kenderaan air, hoverkraf atau pesawat udara;

(b)

sesuatu tempat, sama ada tertutup atau tidak atau dibangunkan di atasnya atau tidak; dan

(c)

sebahagian daripada mana-mana premis, termasuk premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);

“program” ertinya data yang menggambarkan arahan atau pernyataan yang, apabila dilaksanakan dalam sesuatu komputer, menyebabkan komputer itu menjalankan sesuatu fungsi, yang termasuklah logik, kawalan, aritmetik, pemadaman, penyimpanan, dan pemerolehan, dan komunikasi atau telekomunikasi kepada, daripada atau dalam sesuatu komputer;

Perniagaan Perkhidmatan Wang 17

“ringgit” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima ringgit dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;

“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Syarikat 1965;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“urus niaga tukaran mata wang” ertinya suatu pertukaran satu mata wang asing dengan ringgit atau dengan mata wang asing yang lain.

Fungsi, kuasa dan kewajipan Bank